Nur Syahira Qahira

by - Monday, April 24, 2017

Nur Syahira Qahira

Seorang Hamba yang terlalu banyak kekurangan dan kedhaifan.

Namun bangga kerana dapat juga menjadi Seorang isteri kepada seorang suami.

Di pinjamkan juga untuk menjadi Seorang ibu kepada 2 putera dan 1 puteri



Hidup ini ada banyak ranjau dan durinya.
Adakalanya rasa lelah
Adakalanya rasa lemah..
Walaupun apa sahaja rasa yang mendatang.
Sentiasa tabahkan hati menerima semua suratan..

Ketika Allah menguji dengan tidak memberikan anak, aku selalu pujuk jiwa....

#Jangan bersedih bila tidak ada anak, sebab Allah dah lepaskan kita daripada tanggungjawab yang berat sebagai ibu dan bapa.

#Jangan terlalu bangga bila kita ada anak, takut takut anak itulah yang akan bawa kita ke neraka. Nauzubillah.

#Jangan gusar bila Allah tidak dikurniakan anak, kerana tanpa sedar Allah gantinya dengan memberikan kita ibu mertua yang sangat sangat baik.

#Jangan takut, wanita yang mandul itu, bukan wanita tanpa rahim, bukan juga wanita yang tiada zuriat, tapi wanita yang mandul itu, dia mampu lahirkan 10 orang anak, tapi tiada seorang pun anaknya menjadi soleh @ solehah.


Dan....sepanjang perjalanan hidup ini.....

Aku hanya menjadi diri sendiri.

You May Also Like

0 comments